POLISI PEMULANGAN DAN PEMBAYARAN BALIK

1. PENGENALAN

Terima kasih kerana membeli di tsubomicircle.com. Kami memohon maaf sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda. Kami sedia membantu anda sekiranya terdapat kerosakan atau kesalahan pada barangan atau perkhidmatan yang anda telah beli.

2. PEMULANGAN

Pemulangan kembali barangan hendaklah dibincangkan terdahulu dengan mengisikan borang seperti di dalam halaman ‘Hubungi Kami’. Pihak kami akan menghubungi anda melalui emel dan setelah diputuskan bahawa barang tersebut boleh dipulangkan barulah pelanggan boleh menghantar kembali barang tersebut. Barang tersebut juga perlu dalam keadaan belum digunakan dan dalam keadaan yang sama semasa ia diterima.

Bagi perkhidmatan pula, anda boleh menamatkan perkhidmatan yang diterima setelah diputuskan terdapat kesalahan dari pihak kami sahaja. 

3. PEMBAYARAN BALIK

Setelah barang diterima kembali, kami akan memeriksanya dan memaklumkan kepada pelanggan yang kami telah menerima barang tersebut. Kami akan memaklumkan status pemulangan wang dengan segera setelah pemeriksaan tersebut. Sekiranya pemulangan dibenarkan, kami akan memulakan proses pemulangan wang mengikut kaedah pembayaran yang digunakan semasa pembelian.

4. PENGHANTARAN

Anda bertanggungjawab untuk menanggung kos pengeposan bagi tujuan penghantaran pulang barangan kepada kami. Kos pengeposan tidak akan dikembalikan. Sekiranya wang anda dipulangkan, kos pemulangan akan ditolak daripada jumlah wang yang perlu dipulangkan.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan bagaimana untuk memulangkan barang yang telah anda beli, sila hubungi kami di [email protected]

Scroll to Top